Sahabat Sampai Syurga :)

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia
sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan
yang terkadang melukai dan membuatkan dia tidak senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk hilangkan parut luka hatimu
tapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah dan senangmu
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI

Sahabat yang solehah
Malunya mengatasi perawan
Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yang solehah
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sahabat yang solehah
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa

Sahabat yang solehah
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati

Sahabat yang solehah
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Sahabat yang solehah
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi
InsyaAllah

Sahabat yang solehah
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata



Ketahuilah
Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar dan tersasar
Dari cinta dab redha Ilahi


Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan
yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri

Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Muslim)

Salam sayang,
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH