Cinta dan Rindu :)

waduhh, mcm best je kn tajuk kali ni.
cinta dan rindu. dua2 fitrah semulajadi manusia yang Allah kurniakan kat kite.
kalau dah mcm tu, boleh ke kite nk halang? perghh! susah beb!
tapi tapi tapi, kite boleh kawal. cume, kite kene ada kekuatan :)

Mencintai..Merindui..
em, salah ke ek ?
ada orang kata benda ni zina hati ?
buat zina tu! mesti salah kn?
takkk! hal ni tak salah kalau kite ikot cara yang sebenar-benarnya :)


CINTA
Cinta, ialahkecenderungan hati pada yang dicintai. Itu termasuklah amalan hati, bukan amalan anggota badan atau zahir. Pernikahan contohnya, tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika adanya cinta dan kasih sayang yang lahir dalam hati-hati pasangan suami isteri. Dan kunci kepada tumbuhnya kecintaan adalah melalui pandangan. Oleh disebabkan itulah, Rasulullah SAW menganjurkan pada orang yang meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat dan cinta.
Sungguh telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata: “Aku telah meminang seorang wanita.” Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadaku:“Apakah kamu telah melihatnya?” Aku berkata: “Belum.” Maka beliau bersabda: “Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah kecocokan dan kasih sayang antara kalian berdua.”

hah! ni untuk orang yang nak nikah aje taw!
maknanya ni mcm utk org yg tak bercinta langsung la.
tup tup da nk nikah da kn.
so, kenelah men kenyit2 mata sat ;)


RINDU

Rindu itu ial
ah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan.

Okey, lets follow the way :)

Cinta dan rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka rasai.

Adapun cinta yang tulus ikhlas dan murni, yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan
oleh sebahagian ulama seperti Imam Suyuthi,bahawa orang yang mencintai seseorang, lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala.

Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab
Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk
dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.

Kesimpulannya, orang-orang yang memendam cinta dan kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan cinta dan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dicintai atau dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun tentang hatinya dia tidak bisa menguasai, maka dia bersabar atasnya dengan sikap
afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.

Wallahu'alam.
Asalamualaikum :)